Sejak beli Portable Navigation ni dari Hard Off dengan harga 25,000 yen, kami rasankan pembelian ini amatlah berbaloi sekali memandangkan banyak tempat yang boleh dilawati dengan senang sekali. Memandangkan Portable Navi ni tahun 2005, jadi banyaklah tempat yang ada dalam Navi system ni. Perjalanan pun menjadi senang dan taklah kami tercari-cari macam tempat yang hendak dituju dan paling penting sekali tahu arah untuk balik semula ke rumah. LOL
Cara pengendaliannya juga mudah, hanya tekan nombor telefon dan kemudian arahkan ke tempat yang hendak dituju, kemudian setkan. Itu sahaja. Kami dah cuba untuk perjalanan di dalam Bandaraya Tokyo dan berjaya walaupun dalam satu dua situasi, navi jadi diam sebab tak boleh baca kerana banyak bangunan tinggi dan terowong. :->